Thursday, August 25, 2011

: Salam Lebaran ::

Ihsan dari Google

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT
SEMOGA DILIMPAHI KECERIAAN BERHARI RAYA BERSAMA-SAMA INSAN TERSAYANG
ikhlas dari Mama Vouge sekeluarga

Thursday, May 19, 2011

: PENANGAN FILEM NUR KASIH :

Poster promosi Filem Nur Kasih

Inilah penangan filem Nur Kasih yang arini akan ditayangkan di seluruh pawagam tanahair kita. Kisahnya ntah macam mana tetiba tertengok 360 di tv3 yang berkisarkan tentang promosi dan kisah Nur Kasih. Tunjuk la semalam team-team Nur Kasih ni g wat promosi filem di Penang antara tempat yang dorang g macam be sa lah  Queensbay Mall, Carrefour Seberang Perai dan satu g aku tak tau.

Teringat aku masa keja kat situ siap bleh jumpa artis g sebab kami yang kna tolong sediakan tempat dan apa yang patut sebelum artis-artis yang nak wat promosi kat C4. Siap bleh dapat t-shirt g yang diberi oleh ader la kawan kita yang keja kat Grand Brilliand (Mr. Yucie). T-shirt yang penah aku dapat masa tu Waris Jari Hantu.

Semalam masa tunjuk promosi kat C4 muncul budak C4 sorang tu nama dia EkinPetot gelaran yang kami bagi masa aku keja kat situ. Wah! hapenning tul mesti sonok gambo kuar sora pun kuar pas ni ko ekin mesti glamour daripada kak Esyah(gelaran aku masa kat situ)..huhuhu sedih kalau aku keja kat situ lagi mesti aku dok di tepi barisan artis tak pun tolong paper yang patut(cibuk la katakan).

Apa-apapun akak ucapkan tahniah ko muda pun dah anak ramai almaklumlah kawin muda.hehe(motip masuk bab len plak?)hehe

Walaupun aku dah tak keja kat Carrefour lagi tapi kenangan masa keja kat situ memang terpahat dan segar diingatan (ingat lagi ker?)

p/s: Abg Yucie & kak Ita len kali wat promosi tak ajak saya pun takpe janji bagi baju promosi filem ek.(masih ngat lagi ker kat aku?)

** gambar ihsan en. google.makasih...

Monday, May 16, 2011

IKAN KURAU.. IKAN TANDA.. IKAN MERAH..

Memandangkan si suami pergi memancing tempoh hari jadik nak tak nak aku kna siang and masak mengikut kesesuaian masakan ikan yang diperolehi seperti ikan tanda,ikan merah dan paling besaq ikan kurau. Penat gak nak menyiang ikan-ikan tu sume sibbek la aku telah memberikan sekor ikan sembilang dekat rakan opis aku. Tidok dok tahu la nok masak mende t.

Setelah di selidik ikan kurau sedap dimasak gulai/kari @ masak lemak cili padi. Memang kau wa cakap sama lu sume. Aku ni sebonarnya masak gulai ni takut-takut kit almaklumlah macam tak lepas je wat gulai rasa macam tak sama macam orang len wat.

Ikan tanda palak aku wat 3 rasa. Nanti aku kasik resepi kalau sedap cubalah kalau tak sedap korang abaikan ek.

Lihatlah dunia masakan ku yang tak seberapa ni...

Ikan Tanda masak 3 rasa versi Ecah

Gulai Ikan Kurau

Sayur goreng kacang buncis dan cendawan

Sambal belacan
Resipi Ikan 3 Rasa versi Ecah :-

Bahan-bahannya :
Cili Padi
Cili Merah
Bawang besar  - (sume bahan ni mesti cincang halus)
Bawang Putih
Halia
Buah Tomato - dipotong dadu
Sos Tiram
Sos Tomato
Kicap
Garam & Gula secukup rasa

Cara memasaknya
Tumis semua bahan yang dicincang halus tadi setelah naik bau masukkan pula sos tiram dan sos tomato mengikut kesesuaian k.
Kacau hingga sebati kemudian masukan buah tomato dan kau kemudian penyek skit ngan senduk bagi hancur (tak nak pun bleh gak)
Lepas tu masukan kicap dan perasa dan sedikit air supaya tak pekat sangat dan biarkan mendidih. Bolehlah di tuang atas ikan tadi

Ikan tadi goreng dulu k dan lumurkan ikan dengan garam,serbuk lada hitam,kunyit dan last sekali tepung jagung kit ha pastu bleh la goreng sesedap rasa anda.

Selamat Mencuba

Nasi Ayam

Dah lama aku tak menulis kat blog aku ni kata kawan-kawan blog aku dah usang la katakan. Ni pun entry minggu lepas punya almaklumlah sekarang kan musim panas jadi macam-macam penyakit dapat kalau tak jaga kesihatan diri.

Nak dijadikan cerita lepas je aku wat nasi ayam esoknya aku demam, lepas aku anak aku pulak sampaikan berapi punggung aku menunggu di klinik kesihatan Putrajaya sebab nak dapatkan rawatan.

Ceritanya aku wat nasi ayam je..heheeh
Lihatlah Nasi Ayam yang aku penat-penat sediakan untuk makan tengahari..walllllaaaaaaah

Nasi Ayam versi Ecah

Wednesday, May 4, 2011

:: BOLEH KE? ::

First day and first time anto anak ke Taska. Walaupun dah biasa anto anak mengasuh ke rumah arini aku dah boleh anto ke taska Presint 14 iaitu Taska Al-Qalam.

Semalam habis je keja aku terus bergegas balik tok mendaftarkan kemasukan Emeer Al Bukhary ke taska tu. Kebetulan pulak semalam terpaksa anto anak ke rumah pengasuh tumpang yang sama blok cuma tingkat 1.

Habis je daftar aku terus ke rumah pengasuh tumpang ambik anak dan ke taska semula untuk sesuaikan dengan suasana di situ.

Masuk je terus dia pegang aku ajak kuar tak nak. Kelakar sungguh, tapi memang ramai pun budak-budak yang dihantar di taska tu & mengikut kelasan umur dari yang baby sampaila dah besaq siap boleh membaca g.

Macam-macam ragam dapat di lihat masa tu ada yang datang peluk Emeer tak kira la yang pompuan ataupun lelaki sume serbu. Siap cium-cium plak pipi anak aku yang tak gebu tu...heee

Riuh rendah dalam taska tu dengan tv yang sentiasa terpasang yang menayangkan cerita Upin & Ipin & cerita kanak-kanak (aku pun dah lupa citer apa).

Paling aku tak tahan bila tengok kanak-kanak kat situ nanti anak aku pun mesti macam tu gak comot-comot. Yelah aku redha saja janji kat situ ok takpalah ko bertahan la adik ek (nak sedapkan ati konon)

Sebelum kul 6 aku beransur untuk balik memandangkan hujan pun masih lagi renyai-renyai macam taknak berhenti ja.

Pagi ni, aku anto Emeer untuk first day and first time kat taska tu. Tak dapat digambarkan perasaan aku waktu tu ada sedihhhhhhhhhh,cemas,risau sebab bila dengar dia nangis bila aku nak tinggalkan dia sebab nak g keja. Adik boleh ker ko dok situ, mama harap adik pandai-pandai bawak diri ek mase kat situ.

P/S : Kepada Aliff (anak K.Intan jaga Emeer sama tau sambil ko jaga diri sendiri)

Tuesday, May 3, 2011

:: SEMALAM ::

Semalam nak tahu aku wat ape tok makan tengah ari jeng.... jeng

Ketam & lala bercili

Bayam goreng

Gulai udang dalam periuk
Ha pader saper-saper yang terliur wat bertahan ek sebab saper nak wat sendiri la......
* anak aku paling suka makan ketam,mungkin mase ngandung dulu aku nak makan ketam & si suami p beli kat bazzar ramadhan 1 ekor RM8 yang siap dimasak lemak.

Byeeeeeee

:: 3rd Anniversary @ Secret Recipe ::

Salam,
1 Mei tiap-tiap tahun mesti celebrate anniversary tak kira la siang ka malam mesti keluar makan tak kisah la murah ka mahal janji celebrate tanda mengingati ikatan yang terjalin antara aku dan si dia.

Semalam, kami celebrate 3 beranak, dulu berdua sekarang dah bertiga rase bertambah seronok sangat-sangat sebab dah bertambah harap-harap tahun depan celebrate anniversary ber4 lak.

Sebelum nak g celebrate macam-macam perkara yang menarik berlaku nak tahu ape? :-
1) Ingatkan nak kuar awal si suami nak bawak p ronda-ronda ka tempat-tempat len last-last hampeh dok berbaring je sampai la ke petang. Yang aku ni bersiap pun turut baring gak ade ke patut.

2)Bila dah penat kena bebel baru la bersiap-siap nak kuar.Dalam dok bersiap tu ade plak si kecik sorang tu buang kasut baru dibeli ke dalam mangkuk tandas.Hampeh basah lencun terus tak bleh pakai.Amik kau pakai kasut ko yang buruk tu ek.

3)Dah berkobar-kobar nak kuar dah ni tetiba lak cari kunci keta tak jumpa (mane la si kecik ni men plak ni yang mengurangkan mood aku tok kuar).Akhirnya terpaksa la aku mengemas bilik aku yang tak berapa kemas & akhirnya jumpa gak di sebalik pintu tepi luggage.

4)Yang paling last ni memang sedih lum tamat 12mlm datang lagi perkara buruk terjadi kepadaku (syok-syok baring tengok tv anak aku jatuhkan botol ais krim soda yang botol kecik ke atas muka ku yang gebu ni) bayangkan lah sakit Tuhan je yang tahu sampaikan aku nangis semahu-mahunya & sampai la ni muka aku sakit akibat hentakan kuat botol yang berisi air.HUKHUKHUK

Pilih punya pilih akhirnya Secret Recipe gak jadi pilihan kat Mines sebab yang len macam aku tak leh makan yelah aku nikan susah kit nak makan makanan yang pelik-pelik.

Cadang nak nek cruising within the city tapi dah lewat sangat jadi kitaorang wat keputusan tak nek memandangkan jugak ramai orang pada masa tu.

Hopefully tahun depan celebrate 4 orang moga-moga usaha aku berhasil.heheheeh

HaPpY 3Rd aNnIvErSaRy (aIsHah & AzRiL)

Muka-muka gelojoh tak sabaq nak makan

Perhatian! Ni bukan aku makan k (si suami yang order tok perut yea)

Yang tepi sebelah kiri baru aku.Tu pun makan tak habis

Tak berkesempatan tok nek Cruise